CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Selasa, 21 April 2009

Cukup Makan

Oleh kerana blog ni kekadang dah jadi macam blog mari melawat Saudi, so tak sahlah kalau tak bercerita pasal makanan2 yang ade kat sini. Cerita bab makanan ni, dari pengalaman aku boleh la dikatakan tak banyak pilihan makanan yang terdapat disini. Kalau la nak dibuat perbandingan, menu restoran di Saudi ni biasanya tulis kat signboard je. Banyaknya seperti seluas mata memandang je la signbord yang baper besar sangat kat kaunter makanan tu. Mesia??? menu kat kain rentang selagi boleh sangkut..tu belum yang dibuat macam buku cerita bergambar. Rasa pun berbeza sangat la ngan tekak biasa makan jemput2 pisang ni. Bayang je la popcorn diaorang kaler putih,rasa tawar hebeh pastu optionnya tambah garam kalau tak suka yang tawar..tidakkk..why?..why????Nak salahkan yang tukang jual tu..fikir masak2 dulu. Dah selera diaorang macam tu. Mesti diaorang gelak pulak bila jumpa popcorn rasa manis. Tapi tak semua la makanan kat sini tak best. Yang best2 pun ade juga. Yang tak best tu bila tekak dah boleh terima akan jadi best, besta dan bestest.Ini antara calon2 pilihan makanan arab aku kat sini...



Ini makanan ruji. Sesuai dimakan pada bila2 masa. Roti thamis ni memang selalu boleh jumpa selagi ade kedai makan. Biasanya dijual pada waktu pagi la. Rupa dan rasanya macam lempeng cume dia tebal dan liat sikit. Dimakan bersama kuah kacang phool. Kari kambing pun boleh...


Untuk pilihan nasi..nasi bukhari atau beriyani memang sedap.Tambah masyuk lagi dimakan bersama ayam panggang rempah rahsia katanya. Ayamnya mestilah tender n crispy..nyum..nyum


Yang ini ayamnya dipotong kecil2 dan dipanggang macam satay. Enak jugak ni makan panas2 dan beramai ramai. Makan jangan rebut2 macam rasa tak cukup je sebab saiz hidangan kat sini untuk sorang arab punya baham menyamai saiz 4 orang normal Mesia. The truth is out here.....


Nasi mandi biasanya guna kambing yang macam direbus kemudian dibakar sikit je. Yang tu aku tak baper gemar sangat..tapi yang ni..fuhhh... Daging kambing panggang kaw2 punya. Biasanya semua hidangan nasi disini diaksesorikan sekali ngan cili, bawang,lemon ngan sambal tomato




Untuk alternatif roti,yang ni memang alah mengorder menang memakan. Besar alam roti ni...tak tahu lah tempayan apa dia pakai sebab rasanya sebijik roti tempayan. Tak baper tebal dan of cuz garing. Yang ditabur kat atas roti tu habbatus-sauda katanya. Specialnya roti ni adalah dengan aper ianya dimakan...Roll v.t...





Macam2 pilihan ade..antara yang sodap adalah kambing macam masak ungkep ngan hati lembu masak tomato campur telur



Cara makannya tergantung pada tahap e.q pemakannya tak pun tahap kelaparan isi perut memasing. Yang penting diawali ngan Bismillah, disudahi ngan Alhamdulillah...







1 ulasan:

wahdi berkata...

Hello teher, 1st time here, sedapnyaaaaaaaaaa makanan dia atas!