CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sabtu, 24 Januari 2009

Satu Perjalanan Pulang

Satu perjalanan pulang..bukan pulang ke kampung halaman tapi pulang ke pangkal jalan. Maksudnya jalan yang aku lalui sepanjang balik dari mengerjakan solat jumaat di masjid yang berhampiran. Ada la dalam 1 km. Tak terasa jauh sebab aku rasa best je menyusuri taman dan lorong2 rumah.....

Sambil tu dapat cuci mata dengan pandangan hijau.Sape kata takde hijau kat saudi ni..memang bagus untuk minda sebab kawasan hijau ni kan banyak ion2 negatif dan cahaya matahari infra merah(terutama waktu pagi la..).Rasa macam jalan2 kat Central Park pun ada dengan bunyi burung2 berkicauan. Md Nor Kijang mesti jeles..


Masuk pula kat celah2 terowong rumah orang. Ada satu videoclip penyanyi arab yang aku perasan pernah shoot scene macam gambar kat atas ni. Diorang ala2 berdiri kat tepi tembok tu sambil bercinta2 la kononnye..Tapi bukan kat tempat ni la..nak kena rejam ke?


Lorong terakhir sebelum sampai rumah. Rasanya atas terowong tu bilik..


Sampai pun rumah. Sebelum ni pi masjid naik kereta, pas ni jalan kaki je.Dari jauh dah ade bau2 orang masak..ooo. ayam masak lemak cili api la chef Nordin masak..




Khamis, 22 Januari 2009

Kenali Pokok Gharqad Yahudi






Nabi saw bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmidhi bermaksud: " Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah akan berlaku peperangan di antara orang Islam dan Yahudi, maka pada waktu itu (tentera) Yahudi akan dibunuh oleh (tentera) Islam, sehingga apabila orang Yahudi berselindung di sebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok itu akan bersuara dengan katanya: 'wahai muslim, wahai hamba Allah, di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya', kecuali POKOK GHARQAD (yang tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi ".

Hadis ini menceritakan tentang peristiwa akhir zaman iaitu waktu hampir kiamat. Pada waktu ini tentera Yahudi yang dipimpin oleh Dajjal akan berperang dengan orang Islam. Dalam peperangan ini, orang Islam akan dapat membunuh dan menewaskan orang Yahudi sehinggakan apabila mereka berselindung di sebalik mana-mana batu dan pokok untuk menyelamatkan diri, maka dengan izin Allah pokok dan batu akan memberitahu tentera Islam tentang Yahudi yang berlindung di sebaliknya. Akan tetapi satu pohon yang tetap berdiam diri dan akan bersekongkol dengan Yahudi iaitu pohon yang bernama Gharqad.
Saya telah dimaklumkan bahawa orang Yahudi pada waktu ini sedang giat menanam pokok Gharqad secara berleluasa di Negara Haram Israel sebagai suatu persediaan menghadapi tentera Islam pada akhir zaman. Ini juga bermakna bahawa orang Yahudi sebenarnya memang tahu dan sedar tentang kebenaran Islam dan kebenaran hadis nabi saw....*****a keegoaan dan sikap bongkak mereka menyebabkan mereka tidak menerima ajaran Islam, sebaliknya terus berusaha memerangi umat Islam dari semasa ke semasa.
Ramai juga yang bertanya tentang bagaimanakah pokok Gharqad. Ada yang menyatakan bahawa ia pokok Krismas, dan ada pula yang menyatakan bahawa ia pokok ru, pokok kaktus dan sebagainya. Moga gambar pokok Gharqad yang dipapar di atas dapat menyelesaikan kekeliruan tentang gambaran pokok Gharqad. Dan yang pastinya pokok Gharqad tidak sesuai dengan iklim di Malaysia dan ia tidak tumbuh di tempat kita.Wallahu'alam.

Edisi Pengantin








Komen Blogger: Disebabkan terdapat permintaan yang tinggi untuk menerbitkan foto2 perkahwinan semenjak wedding mawi-ekin , maka dengan izin empunya tuan badan aku paparkan sedikit foto2 eksklusif wedding apis-nina. Ikutkan banyak lagi gambar2nye ni, tapi nanti takut terlebih sudah pulak..Selamat la korang berdua melayari bahtera perkahwinan ya..jaga orang kampung aku tu leklok..Semoga jodoh berkekalan..Amin


Isnin, 19 Januari 2009

Acara Berbeku

Malam semalam, satu acara bbq telah diadakan. Memang berbeku pun acara ni sebab dibuat ditengah2 kedinginan malam(tak la sedingin kat Dammam kut). Lokasinya...di khemah arab badwi. Macammana member aku deal ngan pak arab untuk dapat tempat ni? Dengarnya partner pak arab ni malaysian yang akan join venture untuk buka kilang proses minyak sawit kat Yanbu ni..so sesaper yang ade experiance keje kilang minyak sawit rerajin ler pantau klw diorang wat interview karang

Biasa la, personaliti ni mesti dibarisan hadapan kalau ade acara2 besar apalagi yang berunsurkan makanan(pinjam kata2 dari blog kijang15).Bagus Medan ni, takdelah yang macam lelain tu tukang lantak belaka..

Dah selesai acara bakar2, acara gebang2(bukan gebong2ekk) sambil bertukar2 fikiran mengenai isu2 semasa. Antara isu semasa yang dibincangkan adalah:
#Bila la dapat balik kampung woi..
#Kenapa kat arab ni takde sos cili ekk..
#Halim..ko beli jaket sejuk tu katne arr..
#Ok ke nanti kita kerje kilang sawit..
dan beberapa isu global yang lain..pas2 dalam pukul 10 malam balik la..takkan nak tido kat khemah arab pulak kan..