CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Isnin, 20 April 2009

Imbasan

Kalau dikira-kira masa, sudah 9 bulan aku di sini..ditanah gersang dan tandus, kering dan panas (la ni dah mula musim panas). Dah ulangbulan yang ke 9 rupanya..tapi plant Yansab nak start-up takde lagi nampak tanda-tandanya.Tarikh atas kertas pun blur2 je. Kalau ditanya pada Si Supervisor yang kesemuanya made in India tu dah boleh agak diaorang jawab -coming soon. Nyirap je dengar, mau tak.. selagi plant tak jalan selagi tu lah cuti tak approve sekaligus menghalang hasrat suci nan murni nak balik ke kampung. Paling tak pun, dapat lah ambik cuti barang seminggu ker boleh round2 negara lain. Hu..hu pilu entri kali ni cerita pasal imbasan2 waktu di Mesia dulu..layannn



Bestnya time ni pi Zoo melaka pas balik dari Tiara Beach Resort. Lain rasa hijau kat Malaysia ngan hijau kat Saudi. Nak cari Zoo kat sini ...memang takde dalam kamus pelancongan diaorang. Ladang kibas ngan unta adalah. Baru lah sedar nilai sebuah Zoo, bila dah takde tau pulak nak mencari2. Dulu macam tak heran pun zoo-zoo ni. Dalam agenda lawatan sambil belajar je masa sekolah rendah

Alkisah..takde harta bertimbun mahupun ringgit berjuta yang ditinggalkan di kampung. Nilah alat2 hartanya. Tu pun tak layak dipanggil harta sepenuhnya lah sebab masih berhutang ngan bank berjenama unta. At least nama aku, lagipun bulan 6 ni dah habis bayar lor. Pe la kabar dirimu disana ek sejak dihandoverkan pada adik aku. Dengarnya ade meragam jugak sejak tuan dah duduk jauh..rindu la tuu....


Sebelum berangkat dulu sempat jugak celebrate besday anak buah. Sebagai uncle yang baik lagi penyayang ni je la dapat pakcik korang sponser untuk pesta hari jadi...2 bijik kek. Diaorang pun tak jangka ada acara malam tu. Tengoklah tu tengah2 main reramai kena panggil tiup lilin. Buat pun kat beranda rumah . Safe budget dan janji korang hepi je temanya



Yang ni pulak acara makan beramai-ramai di restoran tepi laut Kampung Pasir Puteh. Macam lama sangat je duduk kat Saudi ni sebab nak mengingat balik nama restoran tu pun dah lupe. Time ni aku dah tak kerja sekaligus berjaya meletakkan lencana Titan kat meja HR tanpa sebarang tunggakan pada kompeni. Tengok balik gambar ni teringat balik jersi Titan kaler biru pantone. Sama gaknya ngan cyan blue...ler ade la nama restoran kat belakang iklan beras tu..



Di Senai Airport..bersama mak ayah terchinta ngan adik2 yang membuat hantaran untuk aku. Takde la drama air mata sangat masa ni sebab aku dah warning awal2 kat diorang semua. Tapi bila sorang dah start, berjurai jugak sikit2. Tetap nak maintain...anyway tanpa sokongan ahli keluarga semua, langkah pun macam tak berseri jugak nak tinggalkan tanahair



Bila dah sampai Saudi..macam ni la majoriti pemandangan nya. Syukur jugak dapat sampai disuatu tempat yang dulunya takde dalam kepala pun nak bekerja apalagi menetap disini. Satu sudut lain walaupun pandangan mata tak seindah di tempat sendiri, aku rasa pemandangan sebeginilah yang akan jadi sangat cantik dan dirindui bila tak disini lagi..syahdunya..sob..sob


Cubaan pertama dari 3 jejaka menyarungkan pakaian kebangsaan Saudi. Ingat lagi memula sampai, gerun je tengok kawan2 lain dengan seragam jubah putih datang melawat kitaorang kat Pondak Danat(motel).Masa tu rasa macam tabligh2 je datang serbu. Then barulah realise yang jubah ni hanyalah pakaian seharian.Masing2 yakin je bergambar...dengan teknik pengambaran step anak tangga



Terubat sikit...rupanya tak keseorangan di sini...huhuhu








2 ulasan:

Mohd Syafei Ahmad berkata...

huhu tetiba homesick yer.. aku baru je nak cakap nama restoran tu restoran rahmat.. haha

Aled berkata...

tulah...emosi jugak. baru dekat setahun tu tak dapat balik. bila dah siap post baru terperasn nampak nama restoran rahmat tu..bergegas edit cover balik ni ha..