CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Selasa, 28 April 2009

Madain Saleh

Menyingkap Sejarah Madain Saleh

Al-hijr atau kini dikenali sebagai Madain Saleh dahulunya di diami oleh kaum Tsamud. Kaum Tsamud ini terkenal dengan kepandaian memahat bangunan dari gunung-gunung batu. Kehidupan kaum Tsamud sama seperti kehidupan kaum sebelumnya iaitu kaum 'Ad (kaum Nabi Hud yang ditimpa balasan oleh Allah berupa tiupan angin taufan yang kencang kerana menolak ajaran yang dibawa oleh Nabi Hud). Mereka selalu membuat kerosakan, bersikap sombong , mengagungkan harta kekayaan yang mereka miliki dan mengira harta yang miliki akan kekal selamanya. Mengikut hawa nafsu dan amarah hingga batu batu yang mereka pahat sekalipun menjadi sembahan dan pemujaaan mereka.


Lalu Allah mengutus Nabi Saleh agar mereka bertaqwa kepada-Nya dan mengikut nasihat beliau untuk mensyukuri atas segala limpahan nikmat Allah. Namun mereka mendustakan dan meminta bukti mukjizat Nabi Saleh sebagai tanda utusan Allah. Allah menunjukkan kebesaranNya dengan memberikan mukjizat pada Nabi Saleh berupa seekor unta betina yang keluar dari celah gunung batu. Unta itu mengeluarkan susu yang terus menerus keluar sehingga semua bangsa Tsamud dapat menikmatinya setiaap masa. Namun, unta itu bukannya dijaga, malah dibunuh oleh kaum Tsamud kerana didasari oleh perasaan dengki sekaligus menolak seruan Nabi Salleh. Maka Allah menurunkan azab berupa petir yang sangat dasyat sehingga bunyi dari petir itu mampu menghancurkan rumah dan bangunan-bangunan yang mereka bina. Wallahualam..

Lokasi

Madain Saleh terletak kira-kira 400km dari utara Madinah dan lebih kurang 500km (campur terlajak jalan, pusing balik tanya orang) dari Yanbu tercinta. Berada kira kira 22km dari sebuah pekan yang bernama Al -Ula.


Inilah antara mercu tanda di pekan Al-Ula.



Sepanjang perjalanan dari pekan Al-Ula, sudah disajikan dengan pemandangan bukit2 batu yang amat menakjubkan.


Di pintu masuk Madain Saleh. Di post masuk ni kena tunjukkan pas kebenaran (tasriq). Tapi kalau PR baguih, takde pun boleh je lepas...but,please dont try this at home.. Thanks to Mr Nazir..


Antara Binaan di Madain Saleh




Binaan binaan ini berupa rumah serta tempat perkuburan. Di kawasan seluas 13km ni dianggarkan terdapat 130 binaan.

Antara ukiran2 yang terdapat dipintu masuk binaan.



2 gambar diatas ni dikatakan tempat perkuburan yakni tempat mayat disimpan


Sumur(perigi ) kaum Tsamud


Tanah yang subur..terdapat sedikit ladang kurma disini.


Formasi-formasi batu di Madain Saleh

Mungkin secara kebetulan ianya meyerupai bentuk2 objek tertentu kesan dari tiupan angin bertahun2 lamanya. Diatas ni seperti bentuk penyu pun ade

Muka orang..


Hamburger??

Cubaan Dino untuk memakan hamburger itu..

Di sebalik bangunan yang terbesar di Madain Saleh



Mungkin dah lapar sangat petang tu...



3 ulasan:

MAR berkata...

led...kalau ye pun lapar,jgn lah dimakan kereta tu.makan je org kat belakang kau tu...huhuhu

Aled berkata...

salam kak mar..tu la tak tahu nak makan burger ke, kereta ke orang....hehe. terima kasih ekk buatkan kopok lekor tuhari....sodappp

Mohd Syafei Ahmad berkata...

uish best gak gi melawat tempat bersejarah ni ek.. cantik tempat tu.. patut kena promote lagi