CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Isnin, 30 Mac 2009

Rumah Baru

Menjak dua menjak ni memanglah aku sibuk sikit. So janganlah heran sangat kalau blog ni dah jadi blog beku ke atau blog sepi sekalipun. Biasalah kan, mana ngan aktiviti setiap minggu nya ke Jeddah dan yang agak terkini jugak setup perpindahan ke rumah baru. Rumah lama...sedih la nak cerita. Walaupun best duduk kat situ tapi sape sangka kan dah 2 kali dimasuki maling@pencuri. Tinggal kan je la cerita hitam tu sebab rumah baru ni pun not bad jugak. Harap2 rumah baru ni cerita2 putih je menanti seputih binaannya itu...


Rumah ni besar dan ada banyakkk bilik. Cukup untuk menampung 18 kepala kalau ikut statistik terkini. Terbaru, nak dimasukkan 2 orang lagi nak cukupkan kuota semua bilik ataupun nak mecantikkan ke angka 20..tak sure la aku. Ok la tu, walaupun macam sarat ngan orang tapi tak terasa pulak macam ade dekat 2 team bolasepak kat rumah ni, sebab kadang2 tak nampak pun diorang soma. Mana entah...

Yang manis kat rumah ni ade swimming pool. Sebenarnya pool ni tempat berendam je. Kalau nak berenang rasanya dua kuak jer dah sampai hujung. Dalam boleh tahan..6 kaki. Barulah tahu jugak ade beberape orang yang tak tau berenang kat rumah ni.. kui kui.


Takkan semua ruang nak mention kan kat blog ni. Rumah ni banyak ruang kosong lagi, kalau bercakap tu memanglah bergema macam iklan Recola. Yang atas ni ruang tamu utama yang telah diubahsuai menjadi tempat solat seisi keluarga. Kalau ade meeting pun buat kat sini juga.. ukhwah..ukhwah



Rumah ni menghadap laut merah lepas sekaligus menghadap sunset. Ini view dari dari bilik master bedroom merangkap bilik aku. Hari2 tengok sunset dan aku notice suasananya berlainan. Saiz matahari tak sama, warna kat ufuk pun kadang2 berlainan dan yang paling perfect bila tak ada awan..matahari jadi bulat betul bila nak terbenam. Walau pun penat nak pindah2 ni tambah kos lagi yang mengopakkan poket, berbaloi juga ler....