CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Ahad, 8 Februari 2009

Jeddah Lanes

Dah lama tak asah skill boling ni. Weekend lepas aku ngan kawan2 ke Jeddah untuk menghantar seorang rakan ke airport. Bestnya dia dapat balik Mesia...bila la turn aku plak. Masa kat airport tu rasa macam nak masuk dalam luggage dia je,boleh balik kampung. Takpe la..nanti ade rezeki balik la biar simpan lama sikit rindu ni..huhu. Apapun kita happy2 dulu main boling...

Kat sini la tempatnya..Jedddah Lanes. Luas jugak tempat ni ada dalam 20 lanes. Filiphinos aktif rupanya buat tournament kat Jeddah ni. Malaysian pun ade jugak tapi itu hari Dino join Konsulat Malaysia dan dapat nombor 2( antara konsulat2 seluruh Jeddah).






Inilah antara aksi2 lontaran. Macam2 ade..yang pro,yang tak berapa pro, yang macam nak joget mak yong pun ade. Gambar bawah sekali tu sempat aku snap untuk tatapan korang, aksi arab main boling pakai jubah


Alahai...cun nya Lexus Sport ni..Siapa punya la ni..Kereta ni kat parking hotel

Yang ni ke tuan punya kereta tu...doakanlah ya..heh. Tengah lepak kat bilik...tetiba..


Ada tetamu datang la jenguk dari bilik depan. Rasanya kalau kat Yanbu ni soma orang kenal. Dia ni kira orang penting dalam komuniti Malaysian Yansab dan Malaysian Yanbu seterusnya merangkap penyumbang terbanyak email2 dalam mailbox kitaorang.(jgn mare ji..) Loving family, Haji Ghaz n his kids.

Biasa la malam pesta muda mudi mesti ade acara lepak2. Tempat makan ni unik la sebab dekat sangat ngan laut


Acara makan yang betul2 kat sini la..Restoran Indonesia Putri Sriwijaya.Sedap makanan kat sini boleh beat restoran Thailand kat area Jeddah ni.

Sesiapa yang belum pernah nampak burung cenderawasih..inilah rupa nya. Sudah diawetkan dan dipamerkan kat restoran indonesia tu
On the way balik Yanbu selepas check out tu hujanlah sekejap kat Jeddah. Tak lama pun tapi tengoklah air bertakung atas jalan. Tak bagus betul sistem perparitan kat sini, sebabnya memang takde parit pun....



Selasa, 3 Februari 2009

Sambal Goreng Jawa

Petang tadi balik kerja macam ada mood pulak nak tolong orang masak. Biasa la, aku ni masak takde la handal sangat tapi setakat lauk lepas diri sendiri boleh le.Nak masak untuk rakan serumah rasa belum konfiden lagi,lagipun ramai yang ahli2 a.k.a hustler memasak kat rumah ni. So jadi assistant je la. Kena pulak hari ni Leman nak masak resipi tradisi keluarganya. Banyak keja nak wat sambal ni kata Leman..terpaksa la panggil Nazri tolong jugak. Bermotif jugak si Nazri ni nak tolong...konon2 biar Ikin(orang rumah dia)tahu la dia rajin kedapur kat sini..huhu. Jom tengok camne penyediaan resepi ni. Resepi ni kitaorang beri nama Sambal Goreng Jawa (Leman ) Biarlah Rahsia. Tak payah sediakan pen dan kertas ya tengok jer...Bahan-bahannya...



Tempe dan kentang yang siap dipotong dan digoreng

Tahu yang siap digoreng.Tips dari Leman.. tak payah goreng garing tahu,tempe dan kentang tu..light2 je



Pedal yang dah siap digoreng juga, favourite aku ni..suku dah masuk mulut dulu sebelum siap..



Pastu tumis la bahan2 yang siap dikisar(lada,bawang, bla..bla..bla, aku pun tak tahu ape lagi yang Leman blend sebab sibuk mengoreng) Tips dari Iron Chef Leman lagi...goreng sampai naik minyak..macam mane rupe naik minyak tu..Nazri cakap..sampai ko naik sheh dan mengamuk tak tentu pasal la sambil masak..ada koo


Bila dah masak sambal tu..curah kan je soma bahan2 yang siap digoreng tu ya tuan2 dan puan2


Pastu gaul la sampai sebati semua sekali. Punya lah laju menggaul Nazri ni..sekilas gambar...tahu dah memang terror mengacau mamat ni macam kacau dodol pun ada. Jgn lupa lak adjust rasa nya...tambahlah garam ke,gula dan mak aji apa yang patut..



Nama pun resepi sambal goreng jawa kan.. dah sah2 yang buat pun kena orang jawa jugak..baru mantul rasanya..



Nah...ni la hasilnya Sambal Goreng Jawa Biarlah Rahsia..Simple je buat dia, cempak2 je. Apa?? Nak berhias2 dalam pinggan ke...Takde maknenya.. korang cedok la sendiri dalam kuali ni klw nak makan..Waaa..tak sabar ni nak makan ngan nasi panas2....