.bmp)
Serangkai Syair Berkilah :
Siapkan pundi-pundi bekalmu
untuk masa yang pasti menantimu
bila kematian datang menjemputmu
sampailah sudah batas hayatmu
Tibalah saatnya kau bertaubat
dari segala perilaku jahat
hendaklah waspada wahai umat
sebelum ajalmu dijemput malaikat
Dihari kiamat kau kan menyesal
kerana kau pergi tanpa bekal
ditempat yang selalu dirundung sial
peristiwa yang menanti dibalik ajal
Tidakkah kau merasa kecewa
sahabatmu yang senyum ceria
kerana bekal yang cukup tersedia
sedang dirimu haus dahaga
0 ulasan:
Catat Ulasan