CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Isnin, 22 Disember 2008

Hujan Pagi

Mata tak pejam lagi walau jam dah menjangkau pukul 4 pagi. Sebab ngah ralit adjust layout blog ni la. Tetiba dikejutkan oleh rakan serumah yang jugak tak tido lagi. Cepat..cepat. nak tengok hujan tak..Haa?? hujan...apalagi cepat2 lah kuar tengok sambil menyempatkan diri capai kamera..dapat jugak tengok hujan kat Yanbu ni wat pertama kali..basah jugaklah tanah tandus kat sini walaupun hujan sekejap je dan tak lebat pun..mana yang tinggal baju kat ampaian tu mesti la pelik baju korang basah esok pagi...




Ahad, 14 Disember 2008

Adha di Madinah

Kunjungan ke madinah kali ini sangat istimewa.Selain dapat menunaikan solat raya di Masjid Nabawi, aku juga dapat bertemu dengan kawan2 seperjuangan yang datang nun dari jauh, ( Jubail ). Mereka merentas dari timur menuju barat Saudi dengan perjalanan sejauh beribu2 kilometer untuk ziarah ke Madinah. 13 jam tuh...memang aku bagi tabik spring sikit kat diorang ini(sikit jek..baru 13 jam beb)Papapun alhamdulillah sekarang ni diorang dah selamat sampai pun ke Jubail semula..Masjid Nabawi (gambar diatas) memang tak pernah2 jemu aku mendatangimu..masjid yang terindah didunia ini. Diriwayatkan dari Jabir bin Abdullah,bahwasanya Rasulullah S.A.W bersabda: "Satu solat di masjidku ini lebih utama dari 1000 solat ditempat lain, kecuali masjidil Haram, dan solat di masjidil Haram sekali lebih baik dari 100,000 solat ditempat yang lain".

Selepas menunaikan solat raya, aku tak tunggu khutbah pun terus keluar cuz dah janji nak pi sarapan. Masa jalan dari dalam masjid tuh tak ramai la yang aku nampak kuar, tiba kat pintu masjid....nah.. dah berpusu2 orang kat luar masjid..


On the way nak menuju ke hotel nampak dari jauh pintu masuk ke perkuburan Baqe' dibuka. so amek la kesempatan ni pi ziarah.Pintu masuk ni tak selalu dibuka hanya waktu2 tertentu sahaja Kelihatan dimana2 penjuru masjid Nabawi penuh ngan orang(view ni dari pintu masuk ke perkuburan Baqe')

Di perkuburan Baqe'...disinilah tempat bersemadinya isteri,saudara dan para sahabat Rasulullah S.A.W




Antara pemandangan menarik di pagi hari...burung..menara jam..tapi bukan di london ni tapi di sekitar kota madinah





Akhi (Pakcik) ni setia menunggu pelanggannya...member aku Rashidi, akhirnya telah memutuskan untuk membeli
satu set persalinan dulang dan cawan tembaga tu sebagai cenderahati untuk dibawa pulang ke kampung halamannya. Khabarnya, orang kampung dia takde lagi set2 tembaga macam tu lagi...




Oleh kerana aku ngan Dino dah ade experiance sket kat area sekitar madinah ni, so bawaklah kawan2 ex titan aku ni berjalan2. Di celah2 pelepah kurma tu kelihatan dua anak felda, Azmi dan Rashidi anggun sekali berposing mengimbau kembali kenangan di ladang kelapa sawit. Satu je pesanan penaja...nanti cari lah jaket laen ya...






Di ladang kurma ni ade, diceritakan ade pohon kurma nabi dan tak banyak tinggal beberapa pokok. Tu yang diorang bergambar kat atas tu pokoknye lah tu..kecik je dan bukan musim buahnya lagi. Penjaga ladang kurma ni orang indonesia. Kebetulan diorang tengah ade gathering hari raya untuk orang2 indonesia disitu.Diorang ni memang betul2 gigih cari rezeki ditempat orang. Ade yang aku tanya..8 tahun tak balek kampung...insaf kejap..hehe




Saje je paparkan gambar ayam diladang kurma ni..takde motif ape pun. Accidently ter snap.... gambar ori ni takde adjust kat photoshop pun...




Dari ladang kurma, krew jejak rasul pergi pula ke ladang unta..Rasanya diorang dah tak jakun lagi kot ngan unta2 ni sebab kat jubail pun diorang dah tengok. Cerita pasal unta ni, kadang2 aku pelik jugak sebab unta2 suka tersenyum bila diambek gambarnya. Yang kat atas ni..tengok siap menoleh 90 darjah lagi..macam tau2 plak nak snap gambar dia





Aksi2 diorang minum susu unta. Che Din Kayan(yang berkopiah putih)peminum susu tegar, tanpa segan silu menghabiskan susu Rashidi. Azmi pula (dipaksa)minum hingga ke titisan yang terakhir...





Hari kedua raya, aku bawaklah kawan aku ni jenguk2 pula tempat tinggal aku di Yanbu. Asalnya Taufiq nak turut serta, tapi cancel pula disaat2 akhir. Singgah sekejap bermaen pasir berhampiran ngan Bukit Badr..



Pertemuan jejak kaseh yang meruntum jiwa malam tu. Setelah hampir suku tahun(baru suku tahun rupanya) diorang ni tak berjumpa..sessi berpeluk2 kan dan tangisan hiba mewarnai rumah aku kat yanbu...cheh..kecohlah diorang ni. masa gambar ni diambil, budak2 rumah ade yang baru selesai menunaikan haji..alhamdulillah..




Akhirnya..sampai lah jua penghujung cerita ni bila diorang kena balek semula ke Jubail. Bila dapat jumpa lagi aku pun tak pasti. Tapi menurut kata diaorang, insyaalah dalam bulan satu karang diorang akan ke mekah pula menunaikan umroh..Kalaw ade rezeki dan dipanjangkan umur kita berjumpa lagi....adioss..












Rabu, 10 Disember 2008

Salam Jeddah

Sempena cuti panjang aidiladha yang bermula minggu lepas sempatlah aku meronda2 sekitar bandar jeddah. Oleh sebab ini pertama kali ke jeddah (selalunya cume melintas je bandar jeddah ni kalau ke mekkah) jadinye ini lebih merupakan kunjungan suaikenal je. Banyak yang pusing2 dan sesatnye dari jumpa tempat yang nak dicari. Sampaikan nak makan malam kat restoran indonesia yang disarankan oleh member, last2 mencekik kat kat tepi laut je. Takpelah kan, at least dapat mahirkan jalan-jalan dan area sekitar jeddah ni. Maybe kalau pi lagi next time dah ade idea sket...(ayat ambik hati diri sendiri ke..)


Cadangnye nak pi reramai jugak. Tapi apakan daya ramai housemate yang terikat ngan urusan memasing. Ade yang pi kursus haji dan ade pulak yang kerje overtime...so bertiga je la pegi. Bertiga pun happening jugak ape..



Kebanyakkan masa kitaorang habiskan kat area tepi pantai jeddah( The Corniche). Kalau kat johor tu macam danga bay la. Tapi sini kawasan pantainye lebih panjang dan lebih meriah lebih2 lagi waktu malam. Siap ade rollercoster kat salah satu taman tema . Kawasan open beach dia pun penuh orang berkelah dan mandimanda sebab pantai ni bersih dan lautnye jernih macam kita berada kat pulau je rasanye



Bila waktu malam di pesisiran Corniche ni, punyalah ramai orang. Rasanye memang dah culture kat sini bila malam semua orang kuar. Kadang2 ade yang bawak tikar, bentang..khalas..duduk la anak beranak kat tepi laut tu.Yang menariknye disini, air pancut setinggi..setinggi ape ya aku pun tak sure tapi memang tinggi. Gambar ni pun diambil dari jarak 1km. Syahdu jap tengok air pancut malam2 siap bintang bulan semua..



Gambar2 disekitar bandar jeddah. Seperti yang diwar2 kan kunjungan suai kenal ni ,gambar pun tak banyak ambil. Bila dah larut malam sikit, baru la sibuk nak cari tempat check in. So bergegas la pi area town pusing2 lagi cari tempat menginap. Jumpa jugak satu hotel. Dapat diskaun 20riyal sebab cakap..khulu malazia (soma dari malaysia)




Kalau dah berjalan tu,tak sahlah kalau tak makan tempat2 yang best ..ni antara restoran tepi laut yang boleh tahan jugak la cantiknye. Harganye pun boleh tahan cantik.Ingatkan nak order sisha jugak sebab meja2 lain semua ade sisha..tapi ngeri nengokkan sisha kat sini hose dia panjang berdepa2 ngan tempat sedut dia beso muat2 mulut..tapi orang2 arab ni selamba je tarik sambil baring2 lagi tengok bola...





Untuk tidak menghampakan diri sendiri, so belilah sikit2 barang. Dah lama cari jubah coklat nak wat baju raya untuk raya haji karang. Tak dilupakan kaca mata dan beg. Masa on the way balik ke yanbu, sudah kena tahan ngan polis dah. Sebabnye aku drive laju kot..tapi takde lah laju mana sebab masa aku overtake kereta polis tu aku dah slowkan ke 140km/hrs. Nasib baek la tak kena saman..lega.. sebab time tu menggelabah jugak tapi menyamar cool n buat muka kesian..dia bagi nasehat jangan bawak laju2 lagi mengikut kefahaman bahasa arab darjah 6 aku la..selamat..





Khamis, 27 November 2008

cerita shift malam

shift malam kembali..kali kedua selepas 2 minggu keje siang. yang syoknye keje malam ni sebab boss takde n sejuk je. tu pasal kena pakai jaket sebab sekarang ni pun tengah peralihan musim sejuk kat sini..sekali kena hembus angin sejuk dia macam nak dedar badan pun ade. naik tangga tingkat tinggi2 pun selamba je. berbanding keje siang aku rasa masih panas lagi cume dah kurang sikit( dulu2 penah cecah 43'c). yang tak syoknye keje malam ni, kurang la aktiviti sosialnye sebab siang tidur sesaje dan malamnye keje..tu je la cerita keje malam.. takde yang suspen nye apalagi kemisterian nye..

PP plant reactor dan yang tinggi amat tu Finishing building..

sebelum mula kerja, seperti biasa sessi beramah mesra ngan pekerja2 kontrak yang akan ikut kitaorang. dalam banyak2 cina tu terselit pulak sorang bangla..



ni lah pekerja sinopec paling rajin dan dengo kata. Wang namanya..



kasilah chance kat si wang ni...siap pesan suruh print gambar dia nak bawak balek shanghai



dino ngan wang selalu bersama...





tul tak?..pengikut yang setia dia ni..




antara panaroma bila keje malam..




aksi2 operator yang tak berapa melampau...







Isnin, 24 November 2008

nostalgic kampung

even belum lama kat sini pun, batch yang datang saing2 aku soma dah berkira2 nak cuti balik kampung. masing2 ade reason yang tersendiri la...tak lain tak bukan jumpa anak bini. lagi satu kena amik peluang ni sebelum plant kat yansab(polymer) nak commissionning dalam bulan februari atau march ni. kalo tak..belum tentu boleh balek sampai bulan 8 karang. kat sini nak dapat cuti memang la susah. yang ade tu reason sikit punya kuat(tak payah la cerite kot)pun tak lepas jugak. mintak2 approve la cuti, boleh jenguk mak ayah, sedara mara dan yang sewaktu dengannya. teringat kampung?? mesti la..tempat jatuh lagi kan dikenang kan..(sambung la sendiri). ok jugak kalau dapat cuti ni,macam2 plan dah berligat dalam kepala nak wat ape..sebelum datang yanbu dulu(dekat2 bulan puasa) aku sempat cat rumah kat kampung n amek gambar sket2..so kongsi la sket hasil kejenye..

gambar penuh rumah

antara angle2 rumah


hijau je...


ni pepatung ekk..dulu kecik2 aku panggil kinjeng

moga2 approve la cuti aku..dapat balik kampung..yeehaa

Ahad, 23 November 2008

beras dah abis

antara rutin kat sini adalah belanja barang dapur. di kawasan RC ni banyak kedai2 yang ade jual barang keperluan sehari2 selain dari belanja di pekan. biasanya belanja kat sini je cuz semuanya ade dan dekat pulak. macam hari ni beras dah abis, kena la pi beli. destinasinye kat pasar besar nun kat tepi jalan besar sana. hyper panda namanye..tapi bila dah ditranslatekan ke bahasa arab jadi la hiber banda pulak..orang arab takleh sebut p la ceritanye..

pintu masuk dia..ni versi giant malaysia punya hypermarket

kawasan pasar basah dia. kelihatan pak arab sedang asik memilih sayur tanpa menyedari gambarnye diambil..

ni eksyen je lebih medan ngan nazri..bukan beli pun tembikai lonjong tu..



dino pula bergambar ngan roti2. yang ni betul aku nampak dino beli roti tu..nak wat omelette cheese esok pagi katanya..



sementara tunggu diorang bayar, lepak jap kat air pancut . pastu guard datang sound2..muhamad, haram..haram..madam..madam...dia tak kasi lepak situ n amek gambar ade pompuan..faham dah biasa sangat kat sini





ni bukan band ngetop dari indon ya..(walaupun sorang tu ade iras2..)





pas belanja tu, lepak lah pula ngeteh kat mcd. aku cam biasa ni je la menu nye.





abis makan terus la balek..esok nak keje lagi. esok2 pun pegi jugak tempat ni..







Riadah laut merah

Tak banyak aktiviti yang boleh dilakukan di yanbu hujung2 minggu. selain dari ke mekah dan medina(of cuz la sebab negeri yanbu ni terletak diantara mekah,jeddah n medina) kadang2 ke pekan yanbu ataupun ke taman2 disekitar tempat tinggal aku ni royal commission (RC). ade la lebih kurang 4 taman yang aku perasan cuz beso jugak area RC ni belum abis explore lagi. yanbu ni terletak dipesisir laut merah so di RC sendiri ade pantai nye yang tersendiri. sempat la aku dan geng2 pi mandi mande tuhari...



ini aksi menadah matahari namanye..ilusi optik je ni jangan terpedaya. ade lagi orang mandi kat belakang tu dah senja2 alam


pantai laut merah dihitam putihkan..takde kena mengena ngan kala malam bulan mengambang yang tak bape laku citenye, tapi banyak menang award okay..



terpancar aura2...



tak cukup tadah sambil duduk..nak berdiri jugak




indahnye alam ciptaan tuhan..dah nak terbenam tu,tak reti2 ke balek





ni la fellowship of the sea nye..masing2 suka dapat mandi dan melihat sunset..






satu yang menariknye mandi dilaut merah ni,kurang rasa melekitnye bila dah siap2 pakai baju. (tak payah bilas pun). badan pun rasa segar semacam je pas mandi..tak pecaya?? tak dapat nak tolong datanglah rasa sendiri..hehe. air dia pun terlebih masin, so nak berenang n buat aksi kuak2 ni tak rasa penat..