Alhamdulillah...Segala syukur dan sujud ini hanya untukMu, tuhan pentadbir alam maha luas. Dengan kudrat dan iradatNya, aku masih lagi bernafas dan dapat meneruskan kehidupan di dunia yang singkat tapi penuh pancaroba. Dugaan demi dugaan hidup ditempuh, dan aku harus redha atas segala ketentuanNya. Kerana aku yakin, tuhan menyayangi hambanya dengan memberikan ujian dan dugaan semasa hidupnya dan segala bentuk dugaan itu tersembunyi rahmat yang kita tidak tahu disebaliknya. Hidup mesti terus....selagi masih ada nafas, jurnal kehidupan mesti diteruskan.
Selasa, 16 Jun 2009
Jumaat, 22 Mei 2009
Gempabumi & Atas Bumbung
Ahad, 10 Mei 2009
Jajan
Isnin, 4 Mei 2009
Sepetang di RC Marina


Selasa, 28 April 2009
Madain Saleh
Menyingkap Sejarah Madain Saleh
Al-hijr atau kini dikenali sebagai Madain Saleh dahulunya di diami oleh kaum Tsamud. Kaum Tsamud ini terkenal dengan kepandaian memahat bangunan dari gunung-gunung batu. Kehidupan kaum Tsamud sama seperti kehidupan kaum sebelumnya iaitu kaum 'Ad (kaum Nabi Hud yang ditimpa balasan oleh Allah berupa tiupan angin taufan yang kencang kerana menolak ajaran yang dibawa oleh Nabi Hud). Mereka selalu membuat kerosakan, bersikap sombong , mengagungkan harta kekayaan yang mereka miliki dan mengira harta yang miliki akan kekal selamanya. Mengikut hawa nafsu dan amarah hingga batu batu yang mereka pahat sekalipun menjadi sembahan dan pemujaaan mereka. Lalu Allah mengutus Nabi Saleh agar mereka bertaqwa kepada-Nya dan mengikut nasihat beliau untuk mensyukuri atas segala limpahan nikmat Allah. Namun mereka mendustakan dan meminta bukti mukjizat Nabi Saleh sebagai tanda utusan Allah. Allah menunjukkan kebesaranNya dengan memberikan mukjizat pada Nabi Saleh berupa seekor unta betina yang keluar dari celah gunung batu. Unta itu mengeluarkan susu yang terus menerus keluar sehingga semua bangsa Tsamud dapat menikmatinya setiaap masa. Namun, unta itu bukannya dijaga, malah dibunuh oleh kaum Tsamud kerana didasari oleh perasaan dengki sekaligus menolak seruan Nabi Salleh. Maka Allah menurunkan azab berupa petir yang sangat dasyat sehingga bunyi dari petir itu mampu menghancurkan rumah dan bangunan-bangunan yang mereka bina. Wallahualam..
Lokasi
Madain Saleh terletak kira-kira 400km dari utara Madinah dan lebih kurang 500km (campur terlajak jalan, pusing balik tanya orang) dari Yanbu tercinta. Berada kira kira 22km dari sebuah pekan yang bernama Al -Ula.
Sepanjang perjalanan dari pekan Al-Ula, sudah disajikan dengan pemandangan bukit2 batu yang amat menakjubkan.
Antara Binaan di Madain Saleh
Dicatat oleh Aled di 1:23 PTG 3 ulasan
Label: Kembara Ditanah Gersang
Selasa, 21 April 2009
Cukup Makan
Oleh kerana blog ni kekadang dah jadi macam blog mari melawat Saudi, so tak sahlah kalau tak bercerita pasal makanan2 yang ade kat sini. Cerita bab makanan ni, dari pengalaman aku boleh la dikatakan tak banyak pilihan makanan yang terdapat disini. Kalau la nak dibuat perbandingan, menu restoran di Saudi ni biasanya tulis kat signboard je. Banyaknya seperti seluas mata memandang je la signbord yang baper besar sangat kat kaunter makanan tu. Mesia??? menu kat kain rentang selagi boleh sangkut..tu belum yang dibuat macam buku cerita bergambar. Rasa pun berbeza sangat la ngan tekak biasa makan jemput2 pisang ni. Bayang je la popcorn diaorang kaler putih,rasa tawar hebeh pastu optionnya tambah garam kalau tak suka yang tawar..tidakkk..why?..why????Nak salahkan yang tukang jual tu..fikir masak2 dulu. Dah selera diaorang macam tu. Mesti diaorang gelak pulak bila jumpa popcorn rasa manis. Tapi tak semua la makanan kat sini tak best. Yang best2 pun ade juga. Yang tak best tu bila tekak dah boleh terima akan jadi best, besta dan bestest.Ini antara calon2 pilihan makanan arab aku kat sini... Ini makanan ruji. Sesuai dimakan pada bila2 masa. Roti thamis ni memang selalu boleh jumpa selagi ade kedai makan. Biasanya dijual pada waktu pagi la. Rupa dan rasanya macam lempeng cume dia tebal dan liat sikit. Dimakan bersama kuah kacang phool. Kari kambing pun boleh...
Untuk alternatif roti,yang ni memang alah mengorder menang memakan. Besar alam roti ni...tak tahu lah tempayan apa dia pakai sebab rasanya sebijik roti tempayan. Tak baper tebal dan of cuz garing. Yang ditabur kat atas roti tu habbatus-sauda katanya. Specialnya roti ni adalah dengan aper ianya dimakan...Roll v.t...
Isnin, 20 April 2009
Imbasan
Rabu, 15 April 2009
Sebuah Nasihat Tentang Mati
.bmp)
Dicatat oleh Aled di 12:45 PTG 0 ulasan
Label: untukku yang selalu lupa