CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Jumaat, 22 Mei 2009

Gempabumi & Atas Bumbung

Yanbu dalam minggu ni gempar dengan gegaran gempa bumi. Tak sangka pulak ade gempa kat Saudi. Dikatakan sumber gegaran tu berpunca dari ledakan gunung berapi yang baru nak aktif berpusat di Al-Eis kira2 150km dari timur laut Yanbu. Ade kuar paper ker kat Mesia? Tak tahu la pulak, kalau kat arab ni memang ade tapi haram tak paham tengok gambar je. Walaupun agak jauh tapi gegarannya memang terasa sampai ke Yanbu.Masing2 sibuk kongsi cerita. Kat rumah, Saudara W di tingkat bawah sekali pun ade rasa. Encik R yang baru balik kerja tak sempat bukak stokin berebut cerita kat plant bergegar.
Aku pun ni pertama kali rasa gempa. Masa tu dalam pukul sepuluh pagi ngah ngadap lappy tiba2 rasa katil bergegar2. Ingatkan ade orang ngah drill jalan ke kat luar tapi takde bunyi bising pulak. Tengok pulak air masak yang aku simpan dalam botol plastik besar tu berkocak2...confirm...tak lama dalam 15 saat je lebih kurang. Tapi alhamdulillah, gegaran mencapai 4.5 skala ritcher ni tak de merosakkan harta benda mahupun kehilangan nyawa adanya. Tapi kerajaan Saudi dah kuarkan amaran berjaga2 semua dalam waktu terdekat ni dan sekarang ni polis melambak2 boleh jumpa kat atas jalan.
Tu cerita gempa la..walaupun gempa2 ni aku tengok aktiviti orang arab tetap macam biasa. Tetap orang penuh berkelah ker, bersantai ker selagi ade taman2 mahupun laut kat sini. 2 malam lepas pulak budak2 rumah ade wat aktiviti bbq kat atas bumbung rumah. Motif wat atas bumbung???...senang dol nak arrange lagipun sini bukan sebarangan nak pacak khemah ker, wat unggun ker kat tempat awam..
Ayam ade, daging ade,sosej ade.Set panggang baru..tu yang nampak kerek je bukan kamera trick

Ingat lagi tak si Won Hon Kiew..dah dekat sebulan duk sini serumah. Baju biru tu bukan pak arab tumpang sekaki tau...Penang mari...Nasir


Cara tak wat bbq atas bumbung...kalau bumbung tak rata jangan berani2 cuba aaa...



0 ulasan: