CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Selasa, 16 Jun 2009

Hidup Mesti Terus

Alhamdulillah...Segala syukur dan sujud ini hanya untukMu, tuhan pentadbir alam maha luas. Dengan kudrat dan iradatNya, aku masih lagi bernafas dan dapat meneruskan kehidupan di dunia yang singkat tapi penuh pancaroba. Dugaan demi dugaan hidup ditempuh, dan aku harus redha atas segala ketentuanNya. Kerana aku yakin, tuhan menyayangi hambanya dengan memberikan ujian dan dugaan semasa hidupnya dan segala bentuk dugaan itu tersembunyi rahmat yang kita tidak tahu disebaliknya. Hidup mesti terus....selagi masih ada nafas, jurnal kehidupan mesti diteruskan.

0 ulasan: