Menjak dua menjak ni memanglah aku sibuk sikit. So janganlah heran sangat kalau blog ni dah jadi blog beku ke atau blog sepi sekalipun. Biasalah kan, mana ngan aktiviti setiap minggu nya ke Jeddah dan yang agak terkini jugak setup perpindahan ke rumah baru. Rumah lama...sedih la nak cerita. Walaupun best duduk kat situ tapi sape sangka kan dah 2 kali dimasuki maling@pencuri. Tinggal kan je la cerita hitam tu sebab rumah baru ni pun not bad jugak. Harap2 rumah baru ni cerita2 putih je menanti seputih binaannya itu...
Isnin, 30 Mac 2009
Rumah Baru
Ahad, 8 Februari 2009
Jeddah Lanes
Dicatat oleh Aled di 6:02 PG 4 ulasan
Label: Ronda-Ronda
Selasa, 3 Februari 2009
Sambal Goreng Jawa
Petang tadi balik kerja macam ada mood pulak nak tolong orang masak. Biasa la, aku ni masak takde la handal sangat tapi setakat lauk lepas diri sendiri boleh le.Nak masak untuk rakan serumah rasa belum konfiden lagi,lagipun ramai yang ahli2 a.k.a hustler memasak kat rumah ni. So jadi assistant je la. Kena pulak hari ni Leman nak masak resipi tradisi keluarganya. Banyak keja nak wat sambal ni kata Leman..terpaksa la panggil Nazri tolong jugak. Bermotif jugak si Nazri ni nak tolong...konon2 biar Ikin(orang rumah dia)tahu la dia rajin kedapur kat sini..huhu. Jom tengok camne penyediaan resepi ni. Resepi ni kitaorang beri nama Sambal Goreng Jawa (Leman ) Biarlah Rahsia. Tak payah sediakan pen dan kertas ya tengok jer...Bahan-bahannya...
Tempe dan kentang yang siap dipotong dan digoreng
Tahu yang siap digoreng.Tips dari Leman.. tak payah goreng garing tahu,tempe dan kentang tu..light2 je
Pedal yang dah siap digoreng juga, favourite aku ni..suku dah masuk mulut dulu sebelum siap..

Pastu tumis la bahan2 yang siap dikisar(lada,bawang, bla..bla..bla, aku pun tak tahu ape lagi yang Leman blend sebab sibuk mengoreng) Tips dari Iron Chef Leman lagi...goreng sampai naik minyak..macam mane rupe naik minyak tu..Nazri cakap..sampai ko naik sheh dan mengamuk tak tentu pasal la sambil masak..ada koo
Bila dah masak sambal tu..curah kan je soma bahan2 yang siap digoreng tu ya tuan2 dan puan2
Pastu gaul la sampai sebati semua sekali. Punya lah laju menggaul Nazri ni..sekilas gambar...tahu dah memang terror mengacau mamat ni macam kacau dodol pun ada. Jgn lupa lak adjust rasa nya...tambahlah garam ke,gula dan mak aji apa yang patut..Dicatat oleh Aled di 10:08 PG 4 ulasan
Label: Dari Dapur Bujang
Sabtu, 24 Januari 2009
Satu Perjalanan Pulang
Sambil tu dapat cuci mata dengan pandangan hijau.Sape kata takde hijau kat saudi ni..memang bagus untuk minda sebab kawasan hijau ni kan banyak ion2 negatif dan cahaya matahari infra merah(terutama waktu pagi la..).Rasa macam jalan2 kat Central Park pun ada dengan bunyi burung2 berkicauan. Md Nor Kijang mesti jeles..Masuk pula kat celah2 terowong rumah orang. Ada satu videoclip penyanyi arab yang aku perasan pernah shoot scene macam gambar kat atas ni. Diorang ala2 berdiri kat tepi tembok tu sambil bercinta2 la kononnye..Tapi bukan kat tempat ni la..nak kena rejam ke?
Dicatat oleh Aled di 1:35 PG 2 ulasan
Label: journey home
Khamis, 22 Januari 2009
Kenali Pokok Gharqad Yahudi


Nabi saw bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmidhi bermaksud: " Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah akan berlaku peperangan di antara orang Islam dan Yahudi, maka pada waktu itu (tentera) Yahudi akan dibunuh oleh (tentera) Islam, sehingga apabila orang Yahudi berselindung di sebalik batu dan pokok, lalu batu dan pokok itu akan bersuara dengan katanya: 'wahai muslim, wahai hamba Allah, di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya', kecuali POKOK GHARQAD (yang tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi ".
Hadis ini menceritakan tentang peristiwa akhir zaman iaitu waktu hampir kiamat. Pada waktu ini tentera Yahudi yang dipimpin oleh Dajjal akan berperang dengan orang Islam. Dalam peperangan ini, orang Islam akan dapat membunuh dan menewaskan orang Yahudi sehinggakan apabila mereka berselindung di sebalik mana-mana batu dan pokok untuk menyelamatkan diri, maka dengan izin Allah pokok dan batu akan memberitahu tentera Islam tentang Yahudi yang berlindung di sebaliknya. Akan tetapi satu pohon yang tetap berdiam diri dan akan bersekongkol dengan Yahudi iaitu pohon yang bernama Gharqad.
Saya telah dimaklumkan bahawa orang Yahudi pada waktu ini sedang giat menanam pokok Gharqad secara berleluasa di Negara Haram Israel sebagai suatu persediaan menghadapi tentera Islam pada akhir zaman. Ini juga bermakna bahawa orang Yahudi sebenarnya memang tahu dan sedar tentang kebenaran Islam dan kebenaran hadis nabi saw....*****a keegoaan dan sikap bongkak mereka menyebabkan mereka tidak menerima ajaran Islam, sebaliknya terus berusaha memerangi umat Islam dari semasa ke semasa.
Ramai juga yang bertanya tentang bagaimanakah pokok Gharqad. Ada yang menyatakan bahawa ia pokok Krismas, dan ada pula yang menyatakan bahawa ia pokok ru, pokok kaktus dan sebagainya. Moga gambar pokok Gharqad yang dipapar di atas dapat menyelesaikan kekeliruan tentang gambaran pokok Gharqad. Dan yang pastinya pokok Gharqad tidak sesuai dengan iklim di Malaysia dan ia tidak tumbuh di tempat kita.Wallahu'alam.
Edisi Pengantin



Komen Blogger: Disebabkan terdapat permintaan yang tinggi untuk menerbitkan foto2 perkahwinan semenjak wedding mawi-ekin , maka dengan izin empunya tuan badan aku paparkan sedikit foto2 eksklusif wedding apis-nina. Ikutkan banyak lagi gambar2nye ni, tapi nanti takut terlebih sudah pulak..Selamat la korang berdua melayari bahtera perkahwinan ya..jaga orang kampung aku tu leklok..Semoga jodoh berkekalan..Amin
Isnin, 19 Januari 2009
Acara Berbeku
Malam semalam, satu acara bbq telah diadakan. Memang berbeku pun acara ni sebab dibuat ditengah2 kedinginan malam(tak la sedingin kat Dammam kut). Lokasinya...di khemah arab badwi. Macammana member aku deal ngan pak arab untuk dapat tempat ni? Dengarnya partner pak arab ni malaysian yang akan join venture untuk buka kilang proses minyak sawit kat Yanbu ni..so sesaper yang ade experiance keje kilang minyak sawit rerajin ler pantau klw diorang wat interview karang
#Bila la dapat balik kampung woi..
#Halim..ko beli jaket sejuk tu katne arr..
dan beberapa isu global yang lain..pas2 dalam pukul 10 malam balik la..takkan nak tido kat khemah arab pulak kan..





