CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Memaparkan catatan dengan label Dari Dapur Bujang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dari Dapur Bujang. Papar semua catatan

Isnin, 6 April 2009

Krepok Gete

Salam mesra. Bertemu lagi di dapur bujang dengan menu yang tak pernah terpikir pun nak buat.Tiba2 je terlintas nak wat bende ni masa on the way nak ke pekan Yanbu. So terus ke pasar beli ikan. Biasa diorang di pantai timur Mesia guna ikan selayang or tamban tapi sebab tak ada ikan tu kat sini, pakai ikan kembong pun boleh.Nak ambik isi ikan sahaja daripada sekor ikan tu pun ade skill jugak kalau tak berbirat jugak tangan korang kena tulang.Gambar diatas adalah isi ikan yang telah diuli bersama sedikit tepung sagu. Barulah best rasa ikan lebih tepung sikit je. Semua buat manual ni takde pakai mesin2. Kalau dapur tu berkecah sikit, normal la tu..

Pastu bolehlah digelek2 atau digentel2 ikut bentuk yang korang nak buat atau imaginasikan. Buatlah bentuk proper kali ni nanti kena saman ngan persatuan kopok gete pantai timur pulak kan.Lagi satu tips yang aku pun baru tau, isi ikan tu diuli bersama sedikit ais. Ade dua orang kat rumah ni berbalah pasal isu rasionalnya letak ais ni. Sorang cakap biar isi ikan tu tahan lama bila letak ais, sorang lagi cakap biar dia melekat dan mesra ngan isi ikan tu bila digentel2 dan diuli. Aku lebih prefer idea yang kedua kot sebab suhu yang sejuk memang cepat bentukkan form apalagi ade tepung sagu tu..ala macam korang makan pape makanan la, jangan suka minum air sejuk pastu sebabnya cepat je jadi lemak dalam perut.


Kemudian boleh lah dimasak. Nak yang goreng boleh, nak yang rebus pun boleh. Nak makan terus pas diuli pun ade orang buat...betul la tak tipu.



So inilah hasilnya setelah tunggang langgang dapur jadinya pasal nak buat krepok gete ni. Sambal cicahnya pun buat sendiri pakai gula melaka dengan sos cili yang dah siap jual tu. Bancuhlah sos cili ngan air gula melaka sikit pastu adjust la ikut citarasa korang kalau nak masin ke manis ke.Oklah, kalau ade menu2 yang best lagi eksotik, next time aku wat coverage lagi ekk.. Pasni boleh la kut kalau nak meniaga kopok gete ni kat pasar malam kota tinggi..kihkih.



Selasa, 3 Februari 2009

Sambal Goreng Jawa

Petang tadi balik kerja macam ada mood pulak nak tolong orang masak. Biasa la, aku ni masak takde la handal sangat tapi setakat lauk lepas diri sendiri boleh le.Nak masak untuk rakan serumah rasa belum konfiden lagi,lagipun ramai yang ahli2 a.k.a hustler memasak kat rumah ni. So jadi assistant je la. Kena pulak hari ni Leman nak masak resipi tradisi keluarganya. Banyak keja nak wat sambal ni kata Leman..terpaksa la panggil Nazri tolong jugak. Bermotif jugak si Nazri ni nak tolong...konon2 biar Ikin(orang rumah dia)tahu la dia rajin kedapur kat sini..huhu. Jom tengok camne penyediaan resepi ni. Resepi ni kitaorang beri nama Sambal Goreng Jawa (Leman ) Biarlah Rahsia. Tak payah sediakan pen dan kertas ya tengok jer...Bahan-bahannya...



Tempe dan kentang yang siap dipotong dan digoreng

Tahu yang siap digoreng.Tips dari Leman.. tak payah goreng garing tahu,tempe dan kentang tu..light2 je



Pedal yang dah siap digoreng juga, favourite aku ni..suku dah masuk mulut dulu sebelum siap..



Pastu tumis la bahan2 yang siap dikisar(lada,bawang, bla..bla..bla, aku pun tak tahu ape lagi yang Leman blend sebab sibuk mengoreng) Tips dari Iron Chef Leman lagi...goreng sampai naik minyak..macam mane rupe naik minyak tu..Nazri cakap..sampai ko naik sheh dan mengamuk tak tentu pasal la sambil masak..ada koo


Bila dah masak sambal tu..curah kan je soma bahan2 yang siap digoreng tu ya tuan2 dan puan2


Pastu gaul la sampai sebati semua sekali. Punya lah laju menggaul Nazri ni..sekilas gambar...tahu dah memang terror mengacau mamat ni macam kacau dodol pun ada. Jgn lupa lak adjust rasa nya...tambahlah garam ke,gula dan mak aji apa yang patut..



Nama pun resepi sambal goreng jawa kan.. dah sah2 yang buat pun kena orang jawa jugak..baru mantul rasanya..



Nah...ni la hasilnya Sambal Goreng Jawa Biarlah Rahsia..Simple je buat dia, cempak2 je. Apa?? Nak berhias2 dalam pinggan ke...Takde maknenya.. korang cedok la sendiri dalam kuali ni klw nak makan..Waaa..tak sabar ni nak makan ngan nasi panas2....