CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Isnin, 19 Januari 2009

Acara Berbeku

Malam semalam, satu acara bbq telah diadakan. Memang berbeku pun acara ni sebab dibuat ditengah2 kedinginan malam(tak la sedingin kat Dammam kut). Lokasinya...di khemah arab badwi. Macammana member aku deal ngan pak arab untuk dapat tempat ni? Dengarnya partner pak arab ni malaysian yang akan join venture untuk buka kilang proses minyak sawit kat Yanbu ni..so sesaper yang ade experiance keje kilang minyak sawit rerajin ler pantau klw diorang wat interview karang

Biasa la, personaliti ni mesti dibarisan hadapan kalau ade acara2 besar apalagi yang berunsurkan makanan(pinjam kata2 dari blog kijang15).Bagus Medan ni, takdelah yang macam lelain tu tukang lantak belaka..

Dah selesai acara bakar2, acara gebang2(bukan gebong2ekk) sambil bertukar2 fikiran mengenai isu2 semasa. Antara isu semasa yang dibincangkan adalah:
#Bila la dapat balik kampung woi..
#Kenapa kat arab ni takde sos cili ekk..
#Halim..ko beli jaket sejuk tu katne arr..
#Ok ke nanti kita kerje kilang sawit..
dan beberapa isu global yang lain..pas2 dalam pukul 10 malam balik la..takkan nak tido kat khemah arab pulak kan..

2 ulasan:

Ghazali berkata...

Aiiyyyyoooooooooooooooo

Tak calling calling / jemput jemput pun kaaannnnnn

Sampai hati!!!

Aled berkata...

kita pun orang datang jemput la haji...jemputan khas katanya..hehe