CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Isnin, 4 Mei 2009

Sepetang di RC Marina

Waktu2 senggang yang ada biasanya akan dihabiskan sebaik mungkin. Sejak dah masuk shift ni, rasa macam banyak pulak masa off nya. Shift 12 hour, siang kerja 4 hari kemudian 0ff 2 hari. Sambung pula malam 4 ari then off 2 hari jugak ni maybe akan berlangsung sampai la ke plant commissioning &plant smooth running. Pastu akan bertukar ke 8hour shift. Aiseh..tak syoknya dah takde lembur...libur duang

Untuk Malaysian PP plant, aku ngan Dino satu shift, Nazri berpartner ngan Leman sementara Hamdan bertemankan ngan budak pantai timur, Nazir.Cantik je diorang susun tak lebih dan tak kurang. At least ade ler rakan senegara nak cakap cakap bahasa ibunda dan wat cover mana2 yang patut..


So bila dah banyak off tu rajin la jugak jenguk2 tempat menarik disekitar kediaman aku ni, Royal Commission ataupun bahasa arabnya Haiy Maliki.Sekadar nak release2 fikiran, tempat ni memang menjanjikan kedamaian selepas penat bekerja. Maklumlah kerja pun semakin banyak sekarang ni.


Tempat ni agak baru jugak dibuka. Nama pun aku tak tahu. Tetiba je nampak banyak boat berlabuh. Sebab suasana nya macam Rebak Marina kat Langkawi tu, letak le nama RC Marina. Memandai ko je....



Lepak petang2 sambil pekena shai halib (teh tarik), emm...not bad(tak jahat) jugak. Sambil2 cari ilham. Kalau nak ekstrem sikit join pak2 arab borak kat tepi laut tu




Banyak ikan tempat ni. Bebudak arab pun selamba je ngail. Kalau orang kita..buat muka yakin pun belum tentu boleh dapat. Mamnuk sheikh...dilarang katanya



Akan datang kawasan RC ni akan bertambah maju dan menarik mengikut firasat aku. Jalan pesisir pantai menuju ke pekan Yanbu dah pun dibuka. Sepanjang jalan tu banyak tanah dah diratakan untuk tujuan pembangunan. Dan ada satu projek yang sedang berjalan tu aku duk perati diorang tambak tanah dan wat jalan atas laut macam bentuk pokok kurma. Insyaallah kalau projek tu siap masa aku duduk di RC lagi, adalah ceritanya...





0 ulasan: